activerankings

Kuala Lumpur : Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024 yang disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian sempena Kejohanan Bola Sepak (Euro 2024) menerusi Op Soga bermula Isnin lepas hingga awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras Ravindar Singh Sarban Singh berkata dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit bergerak secara berasingan dan merupakan ejen bookie peribadi dalam membuat pertaruhan bola sepak.

Beliau berkata dua lelaki warga tempatan berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis dan warga asing itu pula direman empat hari sehingga 28 Jun ini.

Kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.